Sunday 22 February 2015

AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984

Saya fokuskan hanya pd bahagian 5(pembubaran perkahwinan) di bawah undang2 ni dgn tujuan dpt dijadikan rujukan pantas tentang perihal seksyen yang terpakai dalam membuat tuntutan bg pihak pembaca. Saya highlight beberapa seksyen sprt 
47(talaq), 
49(khul'), 
50(ta'liq) dan, 
52(fasakh).
Utk maklumat lanjut boleh lawati web www2.esyariah.gov.my.

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Seksyen 45. Takat kuasa untuk membuat apa-apa perintah

Seksyen 46. Pertukaran agama
Seksyen 47Perceraian dengan talaq atau dengan perintah
Seksyen 48. Timbang tara oleh Hakam
Seksyen 49Perceraian khul’ atau cerai tebus talaq
Seksyen 50Perceraian di bawah ta’liq atau janji
Seksyen 50A. Perceraian dengan li’an
Seksyen 51. Hidup semula sebagai suami isteri atau ruju’
Seksyen 52Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh
Seksyen 53. Anggapan mati
Seksyen 54. Penyenggaraan Daftar Perceraian dan Pembatalan
Seksyen 55. Pendaftaran perceraian
Seksyen 55A. Pendaftaran perceraian di luar Mahkamah
Seksyen 56. Mut’ah atau pemberian sagu hati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut
Seksyen 57. Hak terhadap mas kahwin, dsb., tidak akan tersentuh
Seksyen 58. Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian

Semoga memberi manfaat. Wallahua'lam.

FASAKH. SERUMIT MANAKAH TUNTUTANNYA?

Fasakh ertinya pembubaran nikah disebabkan oleh sesuatu perkara yang diharuskan oleh Hukum Syarak. Di antara perkara-perkara yang mengharuskan Fasakh ialah apabila suami atau isteri : 

a) Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.

b) Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
c) Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
d) Tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama satu tahun.
e) Telah mati pucuk.
f) Telah gila selama tempoh 2 tahun.
g) Sedang mengidap penyakit kusta atau penyakit kelamin yang berjangkit.
h) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita.
i) Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
j) Memaksa isteri hidup secara lucah.
k) Melupuskan harta isteri.
l) Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
m) Tidak berlaku adil kepad isteri-isterinya mengikut Hukum Syarak.
n) Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
o) Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf Hukum Syarak.



Antara rungutan yg diterima.....

"hakim sndri suh ambk pguam..owg dlu xdpon nk pguam,cerai gak.bila wat brpnjngn cmni ag bnyk dosa yg trjdi sbb istri lom disahkn cerainya sdgkn mrka br2 dh xdok skli.smua nk dt..pguam lak bkn sribu dua charge smpi 6 7 ribu.xtaw pe yg ssh sgt nk bg owg cerai."

"Knp proses cerai jd smakin sukar bila isteri mntak diceraikan.. apa gunanya dduk sbumbung klau isteri hnya sbgai tunggul brnyawa?? Xprnah di kasihi, xprnah disentuhi mcm kekasih2 lama??"


"Sampai sekarang saya x tuntut nafkah anak2 dr bekas suami... Sbb faktor2 kos n masa..."


" Sy da nk msok 3thun gntung xbrtali..dri sy brsalin smpai smpai ank sy bsr dy xngaku ank dy..Sy ingin mohon fasakh tp knp bgitu bert sy lalui..Sy call mhkmh dptkn trikh smpai skg snyp..Smpai ble sy nk idup seprti nie..Sedngkn laki 2 brsuke ria brsma istri dy..sy nk idup bhgia jgk..Ble ap2 trjdi bru mhkmh nk slhkn kte..Tlong la sy"


"saya pun dalam proses penceraian faskh..tetapi pihak suami xnak berkejasama dalam hal nie..dah pun setahun lebih..kes saya masih belum selesai..."


....dan beberapa banyak lagi yg xdidengari luahan hati mereka. Persoalan saya, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan. Tidak adakah jalan keluar untuk permasalahan ini? Wallahua'alam.